BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 27, 2010

renungkan bersama

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!

Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Sunday, August 8, 2010

sampai bila.....

bosan dengan hidup.... kadang2 akif rasa tension dengan kerja2 yang bertimbun2 setiap hari... bila dah tension tu mulalah angin kus2 datang aku jadi tkterkawal... emosi terganggu n bila ada orang buat lawak bodoh mulalah akif sakit hati.... sampai bila... sampai bila....

wardah....
walau kita berada sangat dekat namun kita jarang bertemu.... pertemuan yang kerap bukan bermakna kita makin erat.... namun pertemuan yang kerap membuatkan kita terjerat dalam jerat syaitan.....

bukan senang untuk sentiasa berada di bawah limpah rahmat-Nya.... kerana jentera musuh pihak iblis juga memberi serangan hebat...... namun ingat... kita orang islam perlu kuat......

Friday, July 30, 2010

merenung kembali lakaran kehidupan.....

akif sangat-sangat penat..... akif memang sangat-sangat sibuk minggu ini dan seterusnya... kalu cakap soal duit ....umphhh... mmg x cukup.... tapi hidup walau ssulit mana pun hidup ini, kita akan tetap melukis lakaran indah yang dinamakan cinta.... ahhh akif memang tengah dilamun cinta..... malu pun ada jugak..... bukan akif mengelak tetapi akif memberi ruang untuk semua agar kita sentiasa di jalan yang benar..... setiap lafaz cinta pasti akan ada dia yang menyeru jalan dusta... kerana iblis durjana tidak pernah berputus asa....... wardah.... akif memang selalu memerhatikan kamu...... cuma akif tiada kelapangan masa untuk bertemu... ingatlah hatimu telah berada dalam tiap kali nadi berdenyut......... insyaAllah diri ini akan tetap setia meniti jalan indah ini bersamamu.....

Sunday, July 18, 2010

merasai kehidupan... dengan adanya kawan...

Assalamualaikum....
akif sangat penat sebab bru balik dari kem pengguna di Cameron highland.... boleh tahan best lah...
kali ni akif nak cerita soal capap-mencapap..... betol ke akif ni suka mencapap atau akif sekadar ingin merasakan terhibur dengan kem tue... itu jer.... akif nih pemalu orangnya,.... tp biasalah nak over sikit bajet hebat.... tapi bkan berniat untuk menunjuk tapi sekadar ingin menambah kenalan..... boleh tahan lah member kat sana semuanya baik...... bestlah dengan korang semua....gurau senda menjadikan kita lebih akrab inilah namanya kekuatan persahabatan....... semoga sahaja ikatan ukhwah akan berterusan hingga ke akhir hayat......andai terlanjur kata biarlah bibir yang hina ini memohon selembar maaf..........

Tuesday, July 13, 2010

rasa cinta...

apakah aku mampu melarikan diri dari rasa cinta yang hadir tanpa henti...... wardah adalah nafas bagi akif untuk membantu akif untuk terus bertahan dalam hidup. akif tulus menyayangi wardah.... semoga kamu memang diciptakan untuk aku,.....

semakin hari kerja semakin banyak.... adakalanya bosan dengan kerja.... tapi di sebalik kesibukan kerja ada hikmahnya.... banyak hikmahnya....... kerana dengan kesibukan itulah keimanan seseorang teruji.... seperti jua aku,..... aku terpanggil untuk solat namun kerana sibuk dengan dunia aku leka... aku lalai//.......jadi masih ada peluang untuk aku membaiki diri............

Wednesday, July 7, 2010

sibuk...??????? adakah ini alasan....

sejak beberapa hari ni akif sangat sibuk.... banyak sangat kerja JPP..... penat tapi gembira sebab mereka yang lain juga gembira.... bila akif balik bilik solat pastu mandi.... pi balik ofis JPP... rutin berulang sepanjang satu minggu........macam2 masalah yang timbul.... masalah yang pertama.,.. solat kurang kusyuk kerana penat.... fikiran melayang entah kemana..... adoi.... banyak juga dosa yang kita buat bila kita sibuk... sampai nak luangkan masa untuk Allah pown x sempat..... akif betul2 menyesal..... akif buat ramai orang sedih dan kecewa dengan akif.... bagi aisya humairah... akif mintak maaf sangat2 sebab x dapat jadi murid yang baik.... tapi akif akan tetap terus berusaha demi memperjuangkan matlamat yang satu... dakwah yang luas,..... kepada kekasih hati shauqah wardah.... selagi mana aku masih bernyawa selagi itulah kamu tetap menjadi sebahagian dalam hati saya.......

sibuk bukan alasan... tapi boleh jadi alasan jugak kalu dah ketahap melampau..... sama ada sibuk atau buat2 sibuk semua tu jangan lupa siapa kita.... akif akan tetap berusaha.... demi menjadi seorang pendakwah yang unggul......

Friday, June 4, 2010

kenapa mereka begitu kejam....

baru baru ini waktu akif berada di langkawi pada 31 mei atas sebab kursus...... lepas abis je salah satu slot pgi akif dapat berita dr member akif bahawa kapal mavi marmara kena serang... di perairan palestin.... terkejut jugak..tapikan akif sebenarnya x tau apa tue function kapal tue hingga akif baca paper tuk cari jawapan dan ternyata kapal itu membawa bantuan ke GAZA..... tak cukup2 lagi ker org israel ni nak memusuhi islam...... kejamnya mereka..... bunuh saudara islam kita..... akif yg kat cini masih bersenang2 lupa dan alpa tiap masa sehingga tiada usaha untuk memantapkan gerakan islam... sedangkan mereka di sana rela gugur syahid demi persaudaraan islam.... apa yang harus akif lakukan????????? mungkin akif haya mampu membatu dengan doa.... ya Allah bukakanlah pintu hati mereka agar mereka merasa bahagia dengan islam... limpahkan cahaya hidayahMu kepada mereka.... hanya engkau yang meguasai hari pembalasan... tetapkanlah islam di dadaku agar aku mampu menjadi pembela agamaMu.....ya Allah kurniakanlah aku seorang pemimpin yang sentiasa membela agamaMu bukan dalam kalangan mereka yang suka bermusuhan kerana kuasa.... cukuplah umat islam mengutuk sesama sendiri tibalah masa untuk duduk berunding dan berbincang mencari penyelesaian.... bukan ayik mengata di ruangan surat khabar entah yg mana betul entah yang mana salah.... rakyat yang menjadi bodoh kerana percayakan sesuatu cerita tanpa mencari kebenaran....... musuh islam begitu luas............ jd persiapkanlah diri kita demi menegakkan agama islam.....