BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 30, 2010

tension menguji keimanan.....

9.43 am

berada di dalam kesibukan dunia sedikit sebanyak menguji keimanan yang sudah lama goyang di dada ini... entah bila ketenangan akan berpihak pada diri ini... setiap kali melangkah pasti diri akan tersungkur, rebah pada kehendak nafsu..... mencari sebuah istiqamah bukanlah mudah namun aku sedar aku perlukanNya untuk terus melangkah.. aku pernah menjadikan kesibukan sebagai penghalang untuk aku menghadapNya.... inilah aku yang sentiasa hanyut mencari keindahan dunia yang sementara..,,....

Thursday, March 25, 2010

kerana dosa semalam....

6.58 p.m

kerana dosa semalam masih membatu di hati ini hingga ia menjadi keras sehingga aku tidak boleh mengalirkan titisan air mata. alangkah malang nasib diri ini tidak pernah menggunakan nikmat dan rahmat yang begitu berharga. mengulangi dosa semalam membuatkan aku menjadi hamba syaitan. teman bimbinglah diri ini menemui Dia yang hakiki. bantulah perjuangan aku dalam mencari identiti aku yang sebenar. kelemahan diri semakin lama semakin pedih untuk aku tanggung sehingga aku lalai dari mengingati ini. ya Allah berikanlah aku sahabat yang boleh membimbing aku kejalan yang lurus...... aku pandai bagi nasihat tapi aku sendiri gagal mendidik jiwa untuk terus bersyukur padaMU......

aku x tahu siapa aku?..... apa yang aku mahu d dunia ini..... apa yang aku cari.... apa yang belum aku miliki....... sememangnya aku tamak!!!!!!!!!!!!!!!!!...... teman bantulah aku,..... aku merayu bimbinglah aku.....

Sunday, March 21, 2010

muhasabah diri

6.54 pm

mencari sinar di bawah bumbung dosa tidak mampu memberikan aku kepastian untuk terus berpijak pada bumi Allah ini. sebaliknya carilah sinar di bawah bumbung iman yang teguh baru aku mengenali siapa diri. banyak dosa yang berulangkali aku lakukan tidak terhitung. menangis meratapi dosa yang sudah banyak kali aku bertaubat namun ku ulanginya lagi....
`
sesungguhnya aku tidak pernah bersyukur. melihat kelemahan diri sebagai asas untuk aku lakukan dosa yang terlalu besar dalam diri. kesempurnaan di mata manusia adalah dusta sebaliknya kekurangan diri adalah asas untuk kita di caci dan di keji.... aku sudah bosan dengan kelemahan diri ini............ biarlah bersama aku hanyalah kasih ilahi.....

Saturday, March 13, 2010

Pelik..... manusia memang pelik...

13 mac 2010 (08.34 a.m)
Manusia itu memang paling sukar untuk aku fahami walaupun aku jua manusia. Berpijak di bumi Allah mengaku bahawa ini dunia mereka. Sentiasa ingin lebih, tamak dan mengejar kekayaan namun bukan semua manusia begitu. Ada juda barisan pendakwah yang sentiasa berjalan seiring dengan amanah dari Allah untuk sentiasa membantu manusia yang tersesar jauh dari jalan yang lurus.

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi bersama. Ali mengajak abu pergi solat jumaat lebih awal dari biasa. “ abu jom pi solat jumaat” ...... “ eh ali ko ni biar betol pak imam yang tua tu pon belum pergi lagi kita pula yang nak pi awal nak buat ape?”.......... “ abu bayangkan jika kau dijanjikan syurga kau dah berada di pintu syurga tapi kau tak leh masuk. Sebab ko kena tunggu pak imam masuk dulu baru kau boleh masuk lah yer?”....... “OPS.... x per ah jom kita pergi mane lah tau kalu kita pi awal dapat pahala sebesar ikan paus celup tepung”..........

Renungkan lah wahai teman selalunya membuat sesuatu yang baik mengapa kita perlu menunggu orang lain tuk memulakannya dahulu..................

P/S; pikir lah sendiri.............

Tuesday, March 9, 2010

sajak ciptaanku/..............

Diari seorang khalifah

Diri ini ibarat pena,
mencoret kertas kehidupan,
dengan dakwat pengalaman,
memotong tulisan dosa,
membuat garisan ke jalan iman,
lembaran warkah menuju tuhan.

Dengan pena aku menulis,
aurora nafsu di jiwa khalifah,
mencium bauan setanggi dusta.
Dengan pena aku menulis,
manusia pintar bermain sumpah,
alpa menghitung kejora dosa.
Dengan pena aku menulis,
maksiat tak jua berubah,
manusia menempah bala.


Pena ini,
melakar dakwah titian nabi.
Pena ini,
melukis keimanan sejati.
Pena ini,
menyambung titik silatulrahmi.
Pena ini,
membuat noktah pada dengki.

Dakwat ini pasti kering,
pena dicampak ke tepi,
biar aksara kekal tersemat,
menjadi syiar sebuah sejarah.
diri pergi tanpa pengiring,
menyelusuri alam sepi,
namun dakwah segar terpahat,
akhir jalan-mu aku berserah.

Dalam meniti jalan dakwah-Mu,
makrifat cinta-Mu aku miliki,
ayat-ayat cinta-Mu di sudut hatiku,
gunung iman tegarku daki,
bibir meniti syahadah kasih-Mu,
menjadi milik-Mu yang hakiki.

tarian pena : AHMAD HUSAINI B BAKRI...

Saturday, March 6, 2010

kawan2 baca nie......

3 Soalan vs 1 Jawapan bg mereka yg x percaya tuhan
Posted by MENCARIPETUNJUK_xxppxx | Posted in renungan | Posted on 15:36
0
Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Wednesday, March 3, 2010

Siapa idolamu wahai teman?

02 mac 2010 (12.41 a.m)
Alhamdulillah dalam diri ini leka dan hanyut dalam kemanisan dunia masih ada rasa di dada untuk mengingati-Mu. Siapa yang menjadi idola manusia sebenarnya? Mudah di bibir ini menjawab Rasulullah S.A.W. namun sejauh mana kita mencontohi baginda rasulullah. Tiada guna kalau kau masih mengagungkan artis yang begitu tepesong. Aku baru balik dari menonton teater yang paling x best. MasyaAllah, banyak dugaan yang cuba aku tempuhi. Wahai manusia apakah sama orang islam dengan orang kafir?. Pakaian tiada beza bahkan lebih teruk dari orang bukan islam.
Terkejut aku melihat manusia berebut untuk mengambil gambar artis yang melalaikan mereka. Apakah kita sudah cukup mengingati Allah sehingga kita beralih kepada mengngati manusia yang merupakan ciptaan-Nya.
“Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Surah ali’ imraan ayat 103-104

Bersatulah wahai teman dalam mengejar redha Allah..... doakan dakwahku akan sentiasa berjalan lancar,,.....

Titian sufi

Merangkak di pinggir dunia,
mengintai jalanan dosa,
meninjau lorong dusta,
mengutip duka manusia,
menjadi lebih dewasa.

Meniti titian sufi,
teraba mencari kasih ilahi.
Meniti titian sufi,
terus mendamba cinta hakiki.
Meniti titian sufi,
terukir sebuah jati diri.
Meniti titian sufi,
telah kutemui musuh duniawi.
Meniti titian sufi,
tersemat kukuh dakwah nabi.

Ini bukan dunia maya,
khalifah masih leka,
melayani nafsu durjana,
hilang rasional minda,
iman merapuh di dada,
nakhoda sesat di lautan dosa.


Inilah titianku,
menyebar benih dakwah,
agar tersebar rahmat ilahi.

Inilah titianku,
pantang diri tunduk menyerah,
sebelum kutemui cinta hakiki.

Sedarlah temanku,
pudarkan masa jahilmu,
melangkah bersama aku,
munuju jalan tuhanmu.


Nukilan: akifamjad

Monday, March 1, 2010

Kelahiran yang teristimewa….

01 mac 2010 ( 6.09 pm.)
Lahirmu ke dunia membawa rahmat yang tidak terhingga buat umatmu di akhir zaman. Biar pun diri ini tidak pernah menatap gambaran wajahmu namun diri ini tetap merasakan cintamu. Tetapi benarkah aku merinduimu ya rasulullah nabi Muhammad S.A.W sedangkan namamu aku lupa untuk menyebut. Namun aku jua akan berubah demi menjaga jalan dakwahmu agar kau tidak lagi runsing memikirkan umatmu pada akhir zaman. Sesungguhnya aku bukanlah sehebat Rasulullah namun aku hanyalah khalifah yang akan memakmurkan bumi Allah ini. Ya Allah aku rindu untuk bertemu dengan rasulullah yang begitu mengambil berat terhadap kesusahan aku sebagai umat akhir zaman. Berselawat lah keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita akan diterima sebagai umatnya. Ya rasulullah terimalah aku insan yang penuh dosa sebagai umatmu aku akan cuba yang terbaik untuk menjadi pengikutmu dalam meniti jalan dakwahmu......

surah al-Tawbah ayat 128& 129. Firman Allah yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Ayauh teman-temanku kita bersama-sama sujud syukur kepada Allah kerana diberikan kita seorang pemimpin dunia yang hebat iaitu Nabi Muhammad S.A.W.....................



p/s: diri ini bukanlah baik untuk mengubah orang lain namun diri ini berusaha untuk mencari redha Allah.... dan aku tidak mahu ke syurga Allah seorang diri tetapi aku mahu kalian semua ikut pergi bersama aku.....