BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 3, 2010

Siapa idolamu wahai teman?

02 mac 2010 (12.41 a.m)
Alhamdulillah dalam diri ini leka dan hanyut dalam kemanisan dunia masih ada rasa di dada untuk mengingati-Mu. Siapa yang menjadi idola manusia sebenarnya? Mudah di bibir ini menjawab Rasulullah S.A.W. namun sejauh mana kita mencontohi baginda rasulullah. Tiada guna kalau kau masih mengagungkan artis yang begitu tepesong. Aku baru balik dari menonton teater yang paling x best. MasyaAllah, banyak dugaan yang cuba aku tempuhi. Wahai manusia apakah sama orang islam dengan orang kafir?. Pakaian tiada beza bahkan lebih teruk dari orang bukan islam.
Terkejut aku melihat manusia berebut untuk mengambil gambar artis yang melalaikan mereka. Apakah kita sudah cukup mengingati Allah sehingga kita beralih kepada mengngati manusia yang merupakan ciptaan-Nya.
“Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Surah ali’ imraan ayat 103-104

Bersatulah wahai teman dalam mengejar redha Allah..... doakan dakwahku akan sentiasa berjalan lancar,,.....

0 comments: