BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 1, 2010

Kelahiran yang teristimewa….

01 mac 2010 ( 6.09 pm.)
Lahirmu ke dunia membawa rahmat yang tidak terhingga buat umatmu di akhir zaman. Biar pun diri ini tidak pernah menatap gambaran wajahmu namun diri ini tetap merasakan cintamu. Tetapi benarkah aku merinduimu ya rasulullah nabi Muhammad S.A.W sedangkan namamu aku lupa untuk menyebut. Namun aku jua akan berubah demi menjaga jalan dakwahmu agar kau tidak lagi runsing memikirkan umatmu pada akhir zaman. Sesungguhnya aku bukanlah sehebat Rasulullah namun aku hanyalah khalifah yang akan memakmurkan bumi Allah ini. Ya Allah aku rindu untuk bertemu dengan rasulullah yang begitu mengambil berat terhadap kesusahan aku sebagai umat akhir zaman. Berselawat lah keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita akan diterima sebagai umatnya. Ya rasulullah terimalah aku insan yang penuh dosa sebagai umatmu aku akan cuba yang terbaik untuk menjadi pengikutmu dalam meniti jalan dakwahmu......

surah al-Tawbah ayat 128& 129. Firman Allah yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Ayauh teman-temanku kita bersama-sama sujud syukur kepada Allah kerana diberikan kita seorang pemimpin dunia yang hebat iaitu Nabi Muhammad S.A.W.....................



p/s: diri ini bukanlah baik untuk mengubah orang lain namun diri ini berusaha untuk mencari redha Allah.... dan aku tidak mahu ke syurga Allah seorang diri tetapi aku mahu kalian semua ikut pergi bersama aku.....

0 comments: