BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 23, 2010

islam itu umpama sebiji epal......

inilah penulisan insan yang masih mencari pegangan hidup dalam sinar islam.... cara dakwahku mungkin berbeza dengan kalian... namun InsyaAllah apa yang cuba aku sampaikan tidak bercanggah dengan islam..... mungkin ini coretan hati bagi insan yang teringin memeluk islam.... Aisya Humairah aku sangat berharap agar engkau diberi hidayah... aku bukan wali mahupun nabi.... ilmuku cukup terbatas.... namun aku akan membantu engkau untuk memudahkan jalan engkau menuju ALLAH yang selayaknya kita sembah.....


islam itu umpama epal.....

inilah perkongsian petunjuk selepas aku mengalami stress yg amat serabut.....

satu kumpulan manusia akan diberi sebiji epal setiap seorang daipadanya.... mereka diberi masa selama satu hari, satu minggu , satu bulan bahkan satu tahun ataupun selama-lamanya untuk menjaga epal itu. epal hendaklah dibawa kemana sahaja tempat yang dia pergi.......

selepas satu satu bulan terdapat tiga golongan dalam kumpulan tersebut... golongan pertama menghilangkan epal kerana kecuaian, golongan kedua membawa epal yang rosak dan golongan ketiga membawa biji epal beserta tangkai sahaja.....

kesimpulan.....
epal itu umpama islam jd islam harus sentiasa bersama kita.... dan kita wajib menjaga islam,,,,

golongan pertama~ mengabaikan islam bahkan ada diantara mereka tidak berpegang pada islam atau murtad... YA ALLAH JAUHKAN UMAT ISLAM DARI BENCANA INI!!!!!

golongan kedua~ masih menjaga islam namun dengan cara yang kurang sesuai... ada agama tetapi tidak amalkan.... ada islam namun tak pandai untuk menjaganya.... atau islam hanya pada nama....lihatlah epal itu rosak,,............... YA ALLAH JGN JDIKAN KAMI MUNAFIK.......

golongan terakhir~ adalah golongan yang terbaik kerana dia telah memakan buah epal itu.... dan meninggalkan biji dan tangkai.... ditanya mengapa?... lalu dia menjawab " aku makan buah ini kerana aku mahu ia terus bersama aku... apabila ia sudah sebati dengan darah ku maka aku akan selalu menjaga epal itu...... smalah dengan konsep islam yang kita amalkan dan tempat simpananya adalah di hati..... dan biji tersebut akan saya tanam untuk menjadi pepohon yang lain supaya buahnya akan terus tersebar keseluruh dunia..... kerana islam itu indah jadi kita perlu menyebarkannya supaya orang lain juga kenal islam...."

begitulah konsep hidup beagama ... dakwah itu penting.... masa yang diberi menandakan berapa lama yang kita perlukan untuk memahami islam dan seterusnya menyebarkannya..... setiap orang berbeza.......

P/S : inilah tarian pena hamba yang sentiasa mencari sinar islam yang sebenar........ tolong sebarkn kepada non-muslim.....

0 comments: