BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

prasangka.... akhirnya aku lupa.....

mencari sebuah kepastian dalam kesamaran cahaya kehidupan membuatkan aku terus berjalan meniti titian sufi. Ya titian sufi sebuah sajak karya aku telah berjaya dinobatkan johan sajak di IPG Kampus Pulau Pinang. Tarian penaku bukanlah untuk aku persembahkan hanya kerana nama tetapi apa yang ingin aku sampaikan ialah maksud yang tersirat di sebalik penulisanku.... sajak titian sufi telah lama saya postkan di blog ini untuk bacaan umum dan ingin membawa kalian berfikir sejenak tentang sebuah kehidupan para pendakwah muda yang mempunyai jalan dakwahnya tersendiri....

Kenapa kita hanya ingin mengajak mereka yang telah lurus akidahnya, yang telah betul tauhid ketuhanannya dan yang telah kukuh pegangan imannya sehingga kita lupa pada saudara kita yang lemah longlai dipersimpangan jalan hidup antara islam dan keseronokan....... apakah kalian merasakan mereka yang berada dilembah dosa ini jijik.....?..... sebenarnya kalian lebih teruk dari mereka kerana menyembunyikan ilmu kalian daripada mereka...... apakah syurga itu hanya tercipta untuk kamu sahaja wahai pendakwah?????? .... kutiplah duka manusia di celah lorong maksiat agar mereka kembli mengenal Allah.... inilah cara dakwahku..... bakwah seorang hamba yang masih mencari keyakinan yang utuh untuk hidup di bumi ini......

0 comments: