BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 10, 2010

Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

28 januari 2010(6.01 p.m)
Dakwah itu indah seindah bicara yang membuat semua umat manusia itu berasa mesra dengan setiap apa yang disampaikan. Aku sendiri terpesong dalam meniti jalan dakwah. Aku memang menyampaikan apa yang benar namun aku tiada kesabaran di dada menyebabkan iman aku goyang. Kesabaran amat penting dalam misi dakwah terutama bagi orang yang sudah mengaku islam tetapi tidak beramal dengan ajarannya. Ya Allah aku mohon agar Engkau berikan aku kesabaran yang utuh dalam meniti titian sufi menuju jalan dakwahMu. Aku kini menyedari diri ini banyak kekurangan yang masih belum aku baiki. Keegoan aku untuk mempertahankan pendirian aku walau itu sebenarnya tidak tepat. Ya Allah ajarkan aku erti berhikmah. Jalan dakwahMu begitu sulit bagiku namun aku akan terus istiqamah demi keredhaanMu.
Kebenaran adalah sukar diterima. Lihatlah dunia sekarang isu couple menjadi-jadi dalam kawasan institut pendidikan tidak kira kerajaan ataupun swasta. Bila diberitahu yang couple tu haram ramai yang mempertikainya. Ada yang kata kami tidak buat apa-apa salah, kami tak pegang-pegang tangan, kami cara Islamic punyer, nanti bila kau couple kau pun akan buat benda yang sama dan ada juga yang kata bahawa kau tak couple ape yang kau tahu.
Itulah ujian manusia yang bergelar khalifah. Membetulkan fahaman orang bukan mudah. Namun aku akan cuba. Bayangkan waktu boyfriend atau girlfriend ko yang buat panggilan waktu yang sama kau dengar azan dilaungkan. Mana yang kau akan pilih dahulu? Ambil wuduk dan solat atau kau jawab je panggilan telefon tu. So kau fikirlah sendiri. Jika kau angkat dan jawab itu bermakna couple itu adalah sah haram kerana urusan cinta mu sesama manusia ternyata lebih berharga daripada urusan cinta mu dengan Allah.
“maafkan aku teman andai bicara aku menguris perasaan kalian ...... tapi ingatlah aku tidak akan berhenti di jalan dakwah yang telah aku pilih....... mungkin kemarahan kalian padaku akn mmbuatkn aku lebih tabah,... InsyaAllah....Allah sentiasa brsama orang yang menghampiriNya”

0 comments: