BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 8, 2010

Sakit… itu satu rahmat.

Sakit… itu satu rahmat.
18 jan 2010 (10.57pm)
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi atas segala kesakitan yang diberikan kepada diri ini. Lama menyepi bukan beerti ketandusan idea untuk aku luahkan namun diri mengabdikan diri atas satu rahmat sakit yang telah member peluang untuk aku sentiasa istiqamah dengan ketentuanNya. Memang sulit untuk aku terima pada mulanya tetapi demam ini telah banyak memberikan aku pemadam untuk memadam kembali nokhtah putus asa dalam diri dalam mengintai cinta-Mu ya rabbi.
Oh ya sebelum memori ini menghilang dan melayang entah ke mana hala tujunya baiklah aku abadikan dalam bentuk tulisan yang akan menjadi sejarah. Kerana sejarah mampu dibuktikan dengan adanya system tulisan dan menjadikan sesebuah tamadun itu terbentuk dan berkembang. Ceramah pada malam itu cukup bagus dan banyak memberi kesedaran tentang kehidupan sebagai seorang da’I atau pendakwah. Apakah kita yang tiada ilmu ini boleh memberi nasihat yang benar pada orang lain?. Dan malam itu aku sudah dapat jawapan yang pasti iaitu “ perbaikilah diri kamu seraya kau serulah jamaah kejalan kebenaran” dan lebih mengukuhkan lagi dengan surah Al’ Ash….ayat 1-3
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
So, aku dah buat keputusan dalam memperbaiki diri aku pun mahu orang lain juga berubah. Tak rugi kalau aku berpesan-pesan dengan kebenaran. Sesiapa yang mahu terima atau menolak itu hak mereka yang penting aku dah cuba untuk melakukan yang terbaik. Oh ya berbalik pada ceramah baru-baru ini, ternyata ia membuatkan aku menitis air mata pabila seorang hamba Allah berbangsa cina dan bukan orang islam member aku tentang ceramah ini melalui mesej. Mana perginya orang seagama aku? Terkilan di hati pabila orang yang hanya berminat tentang islam ternyata lebih mulia dari orang yang sudah dilahirkan islam….. oh dunia …. Ya Allah istiqamahkan diri ini untuk terus menadah tangan untuk meminta cinta-Mu dan hidayah-Mu…Amin… berehat setelah penat mencari identity diri yang sebenar…..

0 comments: