BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 5, 2010

Menyelusuri jerat percintaan…..

14 jan 2010 (10.09 pm)
Semakin hari kita akan menjadi semakin matang. Soal cinta pasti menjadi bualan setiap lelaki. Ada yang sibuk mencari mahar ada juga yang sibuk melayaan perasaan yang dibuai bisikan syaitan. Couple itu perlu ke dalam meniti bibir cinta? Boleh ke couple? Islamic couple wujud ke? Tiada istilah Islamic couple atau couple itu halal melainkan ia adalah haram kerana ia menghampiri zina. Pelbagai jenis zina sepeti melalui mata, mulut dan hati. So, bila dah couple kita kena putuslah? Jika belum cukup ilmu di dada maka putuslah jalan yang terbaik. Walau kita menjaga batas pergaulan tapi kita kena ingat walau sealim mana pun manusia syaitan tatap menghasut mereka menuju ke jalan yang sesat. Para nabi walaupun bersifat maksum tapi beliau juga tidak terlepas dari hasutan syaitan dan bisikan iblis durjana. Jadi kita sudah tentu tidak sehebat nabi.
Keputusan aku yang tentukan jadi aku mahu putus untuk buat sementara waktu. Menahan perasaan dari berjumpa, memendam kerinduan di dada dan mengabdikan diri sebagai hamba Allah. Aku ingin menjadikan kau sehebat muslimah. Justeru itu, aku terpaksa memutuskan hubungan demi menjaga kesucianmu. Aku tidak mahu kau tercampak di lubuk neraka kerana aku. Lelaki itu pemimpin dan seorang pemimpin itu akan mencari sesuatu yang terbaik sudah pasti aku tidak mahu kau menanggung dosa akibat couple. Jika kau percaya pada ketentuan Allah kau juga bias menerima semua ini. Bukan aku menolak cintamu Cuma diri ini meminta kau untuk member peluang untuk aku bergelar khalifah cinta agung yang payungi islam. Jerat ini kita yang tentukan tapi jangan sampai kita sendiri yang terperangkap. Sedarilah yang mana baik dan yang mana buruk. Di mana kesucian isteri untuk suami jika aurat bernilainya di ragut oleh lelaki lain. Apakah kita mahu isteri yang pernah berpegangan tangan dengan orang lain? Atau ramput ekalnya di belai oleh tangan lelaki lain?. Justeru itu sesiapa yang bercouple fikirkanlah….
Jika kau mencari kemuliaan dalam hidup isterimu maka kau sendiri perlu mencari kemuliaan dalam dirimu terlebih dahulu.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Surah An-nur : 26
Janji Allah ini sentiasa benar………. Uhhhhh study untuk kehidupan yang lebih baik…..

0 comments: