BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 3, 2010

Di sini segalanya bermula.

11 jan 2010 (11.03 pm)
Dunia fana menjadi tempat untuk aku mengembara mencari identiti diri dan mencari jalan mencari makrifat cinta ilahi dan tempat diri bermunajat mencari apa itu makna di sebalik syahadah yang menjadi ayat-ayat cinta yang di cipta oleh Allah untuk khalifah di bumi bagi sebagai tanda kasih sayang-Nya . tiada ayat-ayat cinta seindah kalimah syahadah. Di sini segalanya bermula atau di sini adalah pengakhiran yang abadi namun aku akan tetap berharap agar setiap hari adalah permulaan kerana aku ingin mendambakan hari-hari yang terbaik dalam hidupku. Hari ini adalah lebih baik dari semalam. Diri ini tetap terus mencari titik perubahan sedangkan kita yang mencipta titik tersebut. Kenapa kita sering menagguhkan titik tersebut dari hari ke hari bahkan dari tahun ke tahun, dan akhirnya tiada perubahan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah nasibnya sediri. Bertawakal itu penting tetapi selepas melakukan semua usaha yang benar-benar. Bisakah diri mengubah seseorang sedangkan diri ini masih terbelenggu dosa. Bisakah diri mencintai wanita yang seumpama bidadari yang menetap di teratak pinggiran sungai di taman syurga?. Apakah yang jahat akan terus menjadi jahat?. Apakah kemiskin menjadi punca untuk lupa padaNya atau juga kekayaan punca kita terus leka?. Apakah makna semua yang dimiliki itu akan menjauhkan diri dari Allah?. Jadi inilah titik perubahan yang perlu aku mulakan . mala ini sebelum tiba hari esok. Esok sudah terlambat bagi aku. Mungkin esok sudah tiada bagi aku. Aku sering sandarkan kekurangan diri sebagai punca untuk aku hanyut dalam dosa. Sememangnya aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku miliki. Inilah jihad aku. Jika kau takut untuk berjihad usah kau menggelar diri sebagai lelaki sejati atau muslimah sebenar. Syaitan bukan raja. Syaitan bukan tuhan yang patut disembah. Syaitan bukan ibu bapa untuk di hormat. Tetapi syaitan adalah makhluk yang akan menghancurkan umat Muhammad S.A.W. Mengapa Allah menciptaka syaitan jika Dia tahu syaitan akan memusnahkan hidup manusia?. Tetapi itulah sunnatullah. Kerana itu Allah maha mengetahui dan memiliki arasy yang maha agung.
Nafas kutarik perlahan-lahan dan ku hembus berulang kali. Apakah aku manusia akan tetap beribadat dengan berterusan jika mereka melihat Allah?. Inilah pentingnya sifat ikhlas. Kita akan terus istiqamah kerana kita yakin bahawa yang tidak Nampak oleh mata kasar ia tetap wujud. Kita dapat merasakan udara itu wujud. Jadi kita percaya bahawa udara itu ada walaupun kita tidak dapat melihat tetapi kita dapat rasakan. Ia sama dengan konsep ketuhanan jika kita terus sentiasa mengurangkan jarak dengan Allah kita pasti akan merasa bahawa ia benar-benar wujud. Di sini segalanya baru bermula kembara sufi mencari identiti diri tidak mungkin terhenti di titik permulaan dan aku berharap diri akan terus mengembara mencari bekalan untuk hari kelak. Kembara ini pasti akan terhenti di nokhtah yang tidak mampu aku rancangkan. Takdir ya itu takdir. Lampu study ku terpadam dengan satu tolakan jari telunjukku. Esok pasti ada untuk aku terus kembara yang membawa satu semangat jihad. Sepi……

0 comments: