BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 12, 2010

Teman, siapakah teman?

09 februari 2010 (2.19 pm)
Tiap hari yang berlalu begitu indah dengan adanya teman di sisi. Kita seolah-olah berasa bahagia bila kita mempunyai tempat untuk kita luahkan setiap yang terbuku dalam diri. Demi mengejar sebuah kehidupan yang indah membuatkan kita lupa teman di sisi banyak membawa pengaruh kepada diri kita atau kita yang mempengaruhinya. Pandai-pandailah memilih kawan. Berkawan dengan pembuat perfume pasti bau wangi itu akan melekat walaupun sedikit dan kalau berkawan dengan perokok bau itu pun akan melekat pada baju. Tetapi itu tidak bermakna tiap yang bermasalah itu perlu diabai dan membiarkan mereka dalam dunia mereka sendiri. Aku bukanlah khalifah yang sentiasa benar tanpa ada sedikit kesilapan pun namun aku hanya insan biasa yang lemah dan seringkali aku memilih jalan yang salah. Justeru itu, perubahan aku tetap harus aku teruska. Terlalu ramai manusia yang diciptakan-Nya sentiasa leka dan terus lalai dalam meniti jalan menuju akhirat.
Ya Allah, bukan semua manusia itu sempurna tetapi setiap usaha dalam mengubah diri dan orang lain pasti dinilai oleh Allah. Redha Allah terletak pada kemuncak keimananku. Kawan aku mungkin tidak mampu untuk mengubahmu namun percayalah dalam setiap doa, kau tetap aku sebut walau hati ini sering kau sakiti. Terima kasih kerana mengajar aku erti sebuah kesabaran. Setiap patah kata aku tidak mampu melawan hujan dari bibirmu namun percayalah aku hanya ingin yang terbaik darimu.
Alangkah baiknya teman jika kau pergunakan hujah dan ilmumu itu untuk membimbing orang lain ke jalan yang benar. Akulah manusia yang terlalu ego… tidak mahu mengakui kelemahan diri kerana setiap kelemahan diri yang aku ada pasti membawa aku kelembah dosa. Cita-cita setiap manusia sentiasa ingin menjadi yang sempurna sehingga aku memilih jalan syaitan demi mengisi sebuah kesempurnaan.
Kini aku sedar kesempurnaan bukanlah nilai di akhirat kelak bahkan kesempurnaan di dunia hanyalah penilaian manusia yang menyebabkan yang kurang sempurna itu terluka. Itulah manusia sentiasa membuat penilaian yang tidak berasas hanya berpandukan kekayaan dan fizikal diri.
Ya Allah kurniakan aku sifat mahmudah dan seorng teman yang sentiasa membetulkan jalan menuju-Mu. Berilah aku teman yang membenci kemaksiatan pada diri, yang membenci diri ini kerana leka di jalan dakwah-Mu. Amin…….

0 comments: