BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 19, 2010

Mencari hidayah cinta dalam diri hawa…..

14 februari 2010 (8.21 pm)
Valentine’s itulah simbol kemusnahan kaum adam dan hawa di dunia ini. Menjadikan hari ini sebagai symbol kepuasan meraikan cinta nafsu berlandaskan syaitan semata-mata. Demi menjaga sebuah makna cinta rekaan manusia yang jahil sehingga mengetepikan hukum Allah. Dimana keayuan dan kemulianmu sebagai khalifah di muka bumi jika kau memilih kelembah hina. Yakinlah jodoh dan maut itu adalah sudah tertulis di atas garisan takdir.
Carilah hidayah cinta dalam diri hawa agar jalan cinta kita akan lebih sempurna berlandaskan jalan kebenaran. Bukan diri ini menolak cinta namun hati ini menolak nafsu cinta yang akan membawa kita ke lembah hina. Diri manusia itu telah diciptakan dengan kalimah suci iaitu penghambaan diri kepada Allah. Tunduk dan patuh itulah kekuatan cinta kita kepada Allah.
Kau gadis yang cukup sempurna namun hidayah belum lagi datang kepadamu. Sabarlah suatu hari nanti ia akan datang kepadamu kerana kau selalu mendambanya. Aku kan terus membantumu walau agama di dada ini masih belum cukup untuk berdepan dengan dugaan yang bakal kita lalui kelak…..

0 comments: