BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 11, 2010

Kini ku mengerti…

04 febuari 2010 (8.43 p.m.)

Perubahan menuntut sebuah pengorbanan. Andai aku diberi kekuatan hati dan kecekalan diri pasti aku akan lebih mengenali apa itu makrifatullah. Namun semakin jauh aku melangkah dan semakin dekat aku dengan pengabdian diri kepada-Mu. Sukar untuk aku percaya sesuatu yang berlaku telah engkau rancangkan dengan cukup sempurna. Diri ini yang hanya mencari keseronokan dalam dunia yang sudah gersang ini.
“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” Surah al-Anfaal ayat 30.
Lihatlah begitu hebat rancangan Allah. Kini aku hamper 100% mengerti setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya Cuma kita yang tiada iman inilah yang cepat melatah. Menjadi orang yang baik sentiasa mendapat kutukan, herdikan,ugutan dan kritikan daripada orang yang tidak mahu berubah ke arah kebaikan. Alasanya tetap sama iaitu belum bersedia. Tapi sampai bila kita akan bersedia; sampai kiamat atau sampai nyawa sudah di halkum. Renungkanlah bersama. Aku bukalah murabbi mulia yang tiada dosa. Namun sudah menjadi kewajipanku untuk berpesan selagi apa yang aku katakana ini benar. Tiap yang baik akan ditindas dan dipergunakan untuk kepentingan mereka yang cetek ilmu. Dengki menjadi raja di hati. Aku bukan insane mulia. Jangan kau nilai aku dengan ilmu aku yang cetek tetapi nilailah pencapaian aku dalam mencari istiqamah cinta di atas sejadah cinta.

0 comments: