BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 4, 2010

Cinta: madu atau racun…

13 jan 2010 (9.04 pm)
Cinta memanglah sesuatu yang mengasyikkan. Ia terlalu indah sehingga membuatkan sang pencinta hanyut terleka menyelusuri arus percinta yang kadang-kadang tenang hingga ke muara, bahkan ada juga yang begitu laju dan penuh halangan untuk menuju kemuara bagi melayari bahtera bagi mengembara mengelilingi dunia rumah tangga. Cinta itu kurniaan Allah buat insan yang bernama manusia. Persoalnnya cinta itu semanis madu atau sebisa racun. Ternyatan cinta yang hanya memandang dengan nafsu syahwat semata-mata dan bertemankan syaitan di dada begitu asyik hingga lupa akan batas-batas pergaulan. Maruah dan harga diri dibiarkan hanyut begitu sahaja tanpa ada rasa sedikit pun rasa kasih padanya. Inilah racun sebuah cinta yang akan memakan diri beransur-ansur sehingga hati menjadi gelap tiada lagi cahaya cinta yang suci. Apakah salah untuk jatuh cinta? Memang jatuh cinta itu tidak salah tapi berdoalah semoga kita terpaut pada pasangan yang sentiasa menjaga perhiasan hanya untuk suami dan melabuhkan cintanya kepada Allah. Kalu dah jodoh dengan orang yang tidak sebaik itu? Justeru itu kitalah yang harus mencari cinta ilahi dan menjadi seorang khalifah yang terbaik untuk membimbingnya. Tetapi jika hati sudah terpaut pinanglah dia dan segera menikah. Jadilah seorang ketua keluarga yang sentiasa membina jalan yang lurus untuk di lalui bersama.
Menyintai seorang wanita bukanlah semudah masak maggi tetapi ia cukup memerlukan seorang khalifah yang bergelar lelaki berjuang mencari keredhaan Allah. Kejarlah cinta yang semanis madu. Bukan sahaja manis malah mempunyai khasiat yang baik samalah seperti cinta yang tulus atas dasar mencintai kerana Allah S.W.T. cinta yang memberi kebahagiaan kepada kedua-dua belah pihak malah mendapat ganjaran syurga yang indah. Bercinta biarlah ke syurga……

Sepi malam tanpa bintang,
Terpesong hatiku tanpa hidayah,
Tercalar jiwaku tanpa cinta,
Senyap bicaraku tanpa kalimah,
Kering bibirku tanpa syahadah,
Kelu lidahku tanpa ayat suci,
Tersungkur aku tanpa-Mu.

Inilah kehebatan keagunganmu yang memberikan aku cinta yang telah lama aku impikan. CintaMu ya Allah yang aku cari selama ini. Moga saja pengembaraan aku ini akan selalu bersama cintaMu…… cintaku pada seorang wanita pastiku cari setelah aku sudah istiqamah pada cinta-Mu ….. arggg ada assignment….. peresentation…..

0 comments: