BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 10, 2010

Iman boleh bertambah dan berkurang….

25 januari 2010 (12.42.p.m)
Diam menyepi tanpa ada sebaris kata yang dapat aku ungkapkan tika itu hanya yang ada hanyalah kekeliruan. Perlukah kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini menegur orang yang lebih berilmu tentang kebenaran mereka yang sedikit tersasar. Mungkin saja berdiam diri dengan melihat maksiat seperti benda yang tidak Nampak oleh mata kasar itu lebih baik. Apakah pilihan aku untuk teruskan perhubungan ini adalah pilihan yang terbaik? Apakah dengan meninggalkannya adalah jalan terbaik bagiku untuk mengelak maksiat? Apa yang salah yang aku dah buat? . andai saja dia cintakan aku dengan setulusnya apa yang harus aku lakukan? Terima sahaja atau menolaknya demi menjaga agama? Ya Allah pimpinlah aku kejalan yang benar. Jalan dakwah-Mu sungguh perit untuk aku teruskan namun keperitan akan aku jadikan sebuah kejayaan yang aku akan gapai kelak. Ramai orang yang pandai berkata-kata tetapi tidak ramai yang mampu merialisasikan apa yang dikatakan.
Tut..tut..ttutt…… 1 mesej diterima terpamopar di hanset nokia aku. Si dia menghantar warkah rindu. “wahai teman, jika engkau kasih pd ku kerana peribadiku, ketahuilah bahawa aku bukan insan yang sempurna... jika engkau terhibur krn tutur kataku, mungkin satu hari nanti aku akan menyakitimu.... jika setiamu krn kita telah bersama, ketahuilah bhw aku akn pergi jua.... 1 pintaku hrgailah aku saat aku masih d cc... trimalah baik burukku seadanya ...semoga ukhwah ini terjalin selamanya...... maafkanlah kesilapan y tlah aku lakukan ktk bersama.... krn kkadang ak jua terleka... nmun ketahuilah bahawa aku tulus mengenalimu”.... ....( apa aku nak balas yer??????? ).. Agrhhhh malas aku nak balas… aku biarkan saja . Namun terasa tenang membalas mesejnya…..
Manusia memang pandai mengarang kata namun kebenarannya belum tentu akan selalunya benar. Bagaimana harus aku menilai? Siasatlah dahulu sebelum kau menghukum seseorang itu. Aku mesti kuat untuk terus setia. Mungkin dengan perpisahan yang sementara akan membuatkan aku untuk terus redha dengan ketentuan ilahi…

0 comments: