BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 4, 2010

Dunia ini untuk siapa?

13 jan 2010 (6.47 am)
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan semesta alam yang memberikan aku lagi peluang untuk terus mengembara. Dunia ini untuk siapa? Untuk kita ? untuk makhluk di bumi. Kemusnahan demi kemusnahan kita lakukan adakah kita pasti bumi ini milik kita. Pemimpin Negara yang tidak lagi berpegang pada prinsip khalifah islam sewenangnya mengakui bahawa dia berkuasa. Adakah dunia ini hanya untuk mereka yang berkuasa sahaja?. Inilah dunia. Bagi aku dunia ini adalah satu persinggahan yang sama seperti menumpang di rumah tumpangan ketika bermusafir dan akhirnya kita terpaksa juga meninggalkan rumah itu. Dunia ini cukup melekakan bagi mereka yang menjadikan harta sebagai raja di jiwa dan menjadikan nafsu sebagai permaisuri yang setia di lubuk hati. Ya Allah bisakah di dunia ini aku akan terus bertahan dengan hanya menanamkan rasa kecintaan kepadamu. Aku rindu untuk kembali kepadaMu. Tpi tidak mungkin aku pulang dalam keadaan yang hina. Mencari keredhaanNya memerlukan aku untuk terus istiqamah dengan cinta aku demi menjaga kemuliaan cintaNya.
Andai saja aku yang mampu menjadi khalifah agung di bumi ini, pasti aku akan menjaga keamanan di dunia. Biar aku gugur di medan perang sekalipun. Aku akan terus berjuang kerana dunia ini milik Allah. Di dunia ini banyak yang aneh. Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan di sebuah taman. Dia memiliki susuk tubuh yang mantap seperti seorang jaguh bina badan telah terlanggar dengan seorang pemuda lain yang kurus dan kelihatan longlai. Selepas terlanggar pemuada kurus itu jatuh. Pemuda ala-ala jaguh bina badan itu memperlekehkan kelemahan pemuda kusrus itu. Lalu pemuda kurus itu menjawab “ apakah memiliki tubuh sepertimu menjadikan kau makhluk hebat. Alangkah beruntungnya kalau kau menggunakan tubuh badan mu yang kuat itu untuk beribadat kepada Allah. Pasti kau akan mendapat jaminan syurga.”
Lihatlah walaupun kita mengakui bahawa kita lelaki sejati apa kita mampu untuk menunaikan kewajpan sebagai seorang muslim yang sebenar. Kesejatian lelaki bukan hanya pada fizikal semata-mata tetapi ia adalah dari sudut sejauh mana dia mengabdikan diri kepada Allah….. ops dah lewat lah… kelas start pukul 8…… dunia untuk akhirat…….

0 comments: