BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 14, 2010

Jawatan itu adalah amanah….

10 ferbruari 2010 ( 7.29 p.m)
Tidak kira siapa ketua atau siapa pemimpin namun tugas itu adalah amanah yang cukup berat untuk dipikul oleh manusia. Beribadatlah kerana ikhlas kerana itu adalah kunci bagi seorang pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Alhamdulillah segala percubaan diri hampir berjaya. Kalah bukan bermaksud lemah tapi kalah bermaksud perlu ada masa lagi untuk aku memajukan diri dan menanamkan erti ikhlas supaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi hanya kita manusia yang lemah tidak memandangnya dengan pandangan iman.
Setiap manusia adalah khalifah yang diutuskan bagi mentadbir alam yang sementara. Ya Allah ajarkan aku erti ikhlas yang sebenar-benarnya agar setiap perjalanan aku akan terus menjadi sebuah pengalaman yang akan meningkatkan keimanan aku kepadaMu . Aturlah setiap langkah agar setiasa berada pada jalanMu yang lurus. Berhujah tanpa ada amalnya tetap sahaja tiada gunanya. Belajarlah melalui pemerhatian yang akan menjadikan kita lebih matang untuk menilai seiapa diri ini yang sebenar.
Sambung lepas solat maghrib…

0 comments: