BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 8, 2010

Sepi langkah…. Terkadang tersungkur….

16 Jan 2010 (8.17 pm)
Meniti sebuah kehidupan, cabaran dan rintangan menjadi lumrah yang perlu aku tempuhi. Terkadang aku merasa diri ini cukup hebat sehingga mampu aku capai bintang di angkasa tapi terkadang aku juga rasa diri ini terlalu hina seperti rumput yang di pijak manusia. Kecantikannya tiada nilai kerana sering dipijak. Namun yang hina tidak selamanya hina. Dulu rumput yang di pijak kini dijadikan perhiasan yang menghiasi taman. Begitu juga aku bahkan merasa diri aku cukup hina tetapi aku tetap percaya aku juga mampu berubah dan membawa paradigma baru dalam kehidupan aku. Aku tudak mahu terus-menerus dipijak aku mahu menjadi rumput yang dihargai oleh semua orang. Andai aku tersungkur aku akan bangun semula dan terus melangkah kehadapan. Teringat aku pada seorang ibu tua yang menjual karipap di depan pintgu masuk tesca extra, begitu tekun menjual bahkan tidak ada sedikit pun rasa malu demi mencari rezeki. Andai saja semua manusia yang tidak berharta menjadi sepertinya sudah pasti tiada pengemis di dunia. …….. terhenti buat seketika …. Solat Isyak… n ada ceramah…..

0 comments: